Mukadimah KPM
Badan Sukan ini dikenali dengan nama Kelab Pemotoran Maharani atau ringkasnya disebut sebagai (KPM) di
dalam Perlembagaan ini.
Badan
sukan ini bertindak sebagai pengelola diperingkat kelab bagi sukan bermotor
KEAHLIAN
Keahlian Kelab ini terbuka kepada
warganegara Malaysia dan terbahagi kepada tiga (3) kategori seperti berikut:
1. Ahli Individu
Individu-individu yang berumur
lapan belas (18) tahun ke atas dan telah diluluskan keahliannya oleh
Jawatankuasa Induk Kelab dan boleh mengundi serta diundi.
2. Ahli Remaja
Individu-individu yang berumur lapan belas (18)
tahun ke bawah dan mesti mendapat kebenaran
bertulis daripada ibu bapa / penjaga serta diluluskan oleh Jawatankuasa
Induk.
3. Ahli Kehormat
Individu-individu yang pernah berjasa kepada Kelab atau individu-individu yang boleh memberi
sumbangan kepada persatuan yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk Kelab tetapi
tidak boleh mengundi dan diundi.
PERMOHONAN MENJADI AHLI
1. Semua
permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengisi borang dan dikemukakan kepada
Setiausaha. Keputusan untuk terima menjadi ahli mesti ditentukan oleh Jawatankuasa
Tertinggi sekiranya cukup korum atau oleh Mesyuarat Agung.
2. Sekiranya
permohonan menjadi ahli ditolak oleh Jawatankuasa Tertinggi atau Mesyuarat
Agung, notis yang mengandungi sebab penolakan hendaklah dikemukakan kepada
pemohon.
No comments:
Post a Comment